Saturday, February 14, 2009

Bertaut...

Setelah sekian lama menyepi....

Sungguh banyak perkara yang perlu dirungkai..Cuti sepanjang hampir 3 bulan di tanah air sedikit sebanyak mengajar diri untuk menjadi seorang insan dalam perjalanan menuju ke destinasi pengakhiran.

Masih banyak bekalan yang perlu dicari. Bukanlah niat mencari bekalan hanya untuk mendapat ganjaran di sana kelak. Tapi, lebih dari itu..

Beramal bukanlah hendakkan ganjaran semata, bukan jua sebagai tanda kesyukuran semata tapi kerana kita adalah hambaNYA. Dia yang menciptakan kita, maka hendaklah kita beroperasi mengikut manual yg sedia ada Al Quran dan As Sunnah.

Mode: Jom sama-sama cari kunci itu..Jazakillahukhair nafisah...Moga Allah merahmati selamanya..