Monday, November 15, 2010

Monolog Eid-ul Adha: Satu Muhasabah Diri

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.....

“Pengorbanan kecil utk masa depan yang besar, inshaAllah”

Moga diri ini dapat menjadikan Siti Hajar sebagai salah satu ikon pengorbanan. Moga hati menjadi secekal Siti Hajar dalam menempuhi kehidupan di dunia yang sementara cuma. Yakin dengan janji Allah, usaha ke arah janji Allah! Jangan pernah mengeluh atau berhenti sama sekali! Terus dan terus berusaha menuju janji Allah. Takkan datang janji manis dengan hanya diri berpeluk tubuh menanti. Syariatullah itu seiring sunnatullah.

Kerana ujian yang ada dihadapan kita bukan sebesar yang ditimpa ke atas Siti Hajar. Tak perlu gusar ditinggal di padang gersang, tak perlu risau akan tangisan si anak kecil, tak perlu lari ke sana ke mari mencari sesuap rezeki untuk tanggungan. Juga tak perlu sedih dengan zuriat sendiri yang perlu dikorbankan suami.

Dan setelah semua cubaan-cubaan berat yang dihadapi Siti Hajar, Allah datangkan kemanisan. Lihatlah bagaimana tanah suci Makkah sekarang. Juga bukti doa Nabi Ibrahim dikabulkan. Subhanallah!Allahu akbar!

Dan atas bukti cinta dan pengorbanan Nabi Ibrahim, Siti Hajar, dan Nabi Ismail lihat bagaimana syiar Islam terus berkembang hingga sekarang. Allahu akbar!

Jadi, untuk apa perlunya risau yang keterlaluan? Yakin, setiap ujian itu datang untuk Allah menguji kita, bagaimana pengakhiran kita kelak dgn segala mehnah yang dilontar. Andai kita menyerah, bermakna kita telah berputus asa dengan janji Allah!Tidak dan tidak! Muslim itu adalah mereka yang tidak kenal erti putus asa. Tak pernah wujud dalam kamus kehidupan diri. Yang ada hanyalah usaha dan berdoa ke arah janji Allah!

Segala rencana Allah ada hikmahnya. Cuma antara sedar atau tidak saja.

Jadi, wahai diri.Muhasabahlah diri sebelum dihisab kelak!

Perlu lebih banyak belajar tentang kehidupan selagi masih hidup,wahai diri.

Ya Allah, bantulah kami yang penuh kelemahan ini dalam meniti kehidupan.

Wallahu a’lam..

Wednesday, April 7, 2010

Ama Zilna-Benammi



English Translation(Credit to:www.thenasheedlyrics.com)

Ama Zilna

Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need

In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lord�s blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

In every place, at every time
Above you is a Gloriouscare Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you

Do we know our Lord? Do we see our Lord�s blessings?
Do we know our Lord? Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

My heart is Allah�s, My soul is Allah�s
My wealth is Allah�s

Friday, February 19, 2010

Gali Ilmu Tanpa Henti...

Sebagai perkongsian dari sebuah blog..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah wa syukru lillah…hari ini khatam kitab Syifa' al-Ghalal Fi Syarh Kitab al-`Ilal yang digabungkan di dalam kitab Tuhfatul Ahwazi syarah Jami’ Tirmizi. Kitab Tuhfatul Ahwazi tamat 2 minggu yang lalu. Tempoh bacaan kitab tersebut (semuanya 9 jilid) adalah selama 4 tahun, bermula pada 12 Februari 2006 hinggalah 4 Februari 2010. Esok hari, Jumaat ‘sayyidul ayyam’ yang penuh barakah akan disambung bacaan mutiara kalam Rasulullah melalui kitab Sunan Abi Daud. Dibaca pula di waktu pagi yang mana baginda Nabi mendoakan keberkatan kepada umatnya yang mengerjakan amal ibadah di waktu pagi. Ya barakah!

"Ku lihat dia, ku ingat Allah dan RasulNya"

Melihat kepada semangat Syaikhuna al-Muhaddis Dr. Yusri al-Hasani hafizahullah membaca dan mensyarahkan hadis memberi semangat dan kecintaan al-Faqir terhadap mutiara kalam Rasulullah . Beliau begitu istiqamah tanpa jemu. Manakan tidak, hari yang bekalan elektrik terputus pun beliau tetap membacakannya bertemankan cahaya lilin. Begitulah rutin beliau setiap hari kecuali beberapa hari yang beliau terpaksa bermusafir jauh dan bermalam di sana. Memang benar kalam al-Imam Ibnu ‘Ato’illah as-Sakandari rahimahullah di dalam kitab hikamnya :

لا تَصْحَبْ مَنْ لا يُنْهِضُكَ حالُهُ وَلا يَدُلُّكَ عَلَى اللهِ مَقالُهُ.
Ertinya : Janganlah kamu bersahabat/bersama dengan mereka yang tidak menaikkan semangatmu dengan hal keadaan mereka, dan tidak menunjukkan (mengigatkanmu) kepada Allah dengan setiap perkataannya.


Saya pernah ditanya seorang sahabat dari negara Kyrgystan mengenai perihal Syaikhuna Dr. Yusri. Beliau hairan dan terkejut bagaimana seorang doktor pakar bedah boleh meriwayatkan hadis. Saya mengatakan apa salahnya seorang doktor meriwayatkan hadis jika beliau benar-benar menuntut ilmu yang sahih dari para ulama’ yang muktabar. Lihat disini. Apa jua bidang yang diceburi bukanlah penghalang untuk seseorang itu menuntut ilmu agama dan menyebarkannya. Bahkan ianya dipuji kerana bukan mudah untuk seseorang itu menggabungkan ilmu dunia dan akhirat dalam satu-satu masa. Tetapi perlulah mengambil ilmu tersebut dari para ‘alim-ulama’ yang diyakini keilmuan mereka.

Jika diselak pada lembaran sejarah kegemilangan Islam pada satu ketika dahulu, ramai para ilmuan yang bukan sahaja pakar dalam bidang agama, bahkan dalam masa yang sama menguasai dalam pelbagai bidang. Siapa yang tidak kenal dengan al-Imam Ibnu Sina, al-Imam al-Khawarizmi, al-Imam Ibnu Nafis dan lain-lain. Mereka adalah perintis kepada ilmu sains yang mana menjadi rujukan sehingga kini. Dalam masa yang sama, mereka juga alim dalam bidang agama, namun disebabkan mereka adalah perintis dalam bidang sains dan perubatan menyebabkan mereka lebih disanjung sebagai tokoh sains. Begitu juga dengan tokoh-tokoh Islam yang lain, jika hendak disebut satu persatu nama serta keilmuan mereka, pasti memakan masa yang panjang. Mereka yang mencari dan mengkaji pasti akan menjumpai bagaimana kehebatan ulama terdahulu yang menguasai pelbagai bidang.

Berbalik kepada perihal Syaikhuna Dr. Yusri, kejayaan beliau pada masa kini disebabkan doa dan keberkatan dari para guru yang beliau dampingi selain dari usaha beliau sendiri. Beliau pernah menceritakan kisah beliau pada permulaan menuntut ilmu agama. Kisah ini beliau ceritakan ketika kami sama-sama beriktikaf di Masjid al-Asyraf pada 10 terakhir Ramadhan yang lalu. Semuanya bermula ketika beliau sedang menuntut dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah. Sampai satu ketika beliau seakan-akan sudah hilang minat untuk belajar perubatan dan ingin mendalami bidang agama. Beliau terus bertanyakan kepada guru beliau al-Hafiz Abi al-Fadhl Abdullah as-Siddiq al-Ghumari rahimahullah bagaimana hendak dilakukan, sama ada terus belajar medic atau belajar agama sahaja. Guru beliau bertanyakan kembali apakah yang benar-benar beliau ingin belajar. Lantas beliau menjawab ilmu agama. Namun gurunya menyuruh beliau untuk terus belajar medic dan berkata Allah sudah menetapkan kamu untuk menjadi doktor, maka hendaklah kamu terima dengan sabar dan redha sambil berkata :

إقنع بما أقامك الله , تكن أڠــنى النــاس

Ertinya : Terima (dengan redho) apa yang Allah telah tetapkan kepada kamu, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya.

Lihatlah apa hasilnya kini, beliau bukan sahaja boleh membedah dan merawat orang sakit, tetapi juga boleh ‘membedah dan merawat’ orang sihat. Setiap kalam beliau menusuk ke dalam jiwa mereka yang berakal. Firman Allah s.w.t ;


Maksudnya : Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.

Beliau juga sering berpesan supaya sentiasa istiqamah dalam amal ibadah walau sedikit. Teringat sewaktu beliau mengijazahkan hizib bahar dan hizib al-Imam Nawawi di Masjid al-Azhar 2 tahun lalu. Beliau berpesan supaya berterusan mengamalkannya kerana banyak keberkatan dan faedah pada hizib tersebut. Beliau menceritakan bahawa beliau dan keluarganya pernah terlibat dengan kemalangan di Iskandariah beberapa tahun yang lalu. Jika dilihat kepada keadaan kereta yang remuk, pasti ramai mengatakan tidak ada harapan untuk hidup, namun dengan kuasa Allah, beliau selamat dari musibah tersebut. Begitulah kelebihan kepada mereka yang sentiasa melakukan amal ibadah dengan istiqamah kerana Allah bersama dengan hamba-hambaNya yang melakukan sesuatu amalan dengan tekun dan berterusan walaupun sedikit. Semoga keberkatan yang ada pada beliau melimpah dan tempias kepada kita.
----------------------------------------------------------------------------------------
credit to:here!

Thursday, December 24, 2009

Kagum pada mereka, diri sendiri bagaimana?

Salam'alaik..
Jom kenal ilmuwan Islam! Doakan moga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan untuk jadi seperti mereka.
-------------------------------------------


Nama penuh guru kita yang mulia ini ialah Yusri Rushdi as-Sayyid Jabr al-Hasani. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama'ah, bermazhab Syafi'ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli.

Dilahirkan pada 25 Muharram 1374 H bersamaan 23 September 1954 M di Hayyu Raudhul Faraj, Kaherah. Beliau memulakan alam persekolahan di sekolah kerajaan sehinggalah menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah dan mendapat pangkat 'Jayyid Jiddan' pada Disember 1978. Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang 'Pembedahan Am dan Pembedahan الأوعية الدموية (tak tau pembedahan apa, sapa2 tau bagitau yer) juga dari Universiti Kaherah pada November 1983 dan beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam 'Pembedahan Am' juga dari Universiti yang sama pada Mei 1991. Kemudian beliau meneruskan pengajian di bidang syariah (B.A) dalam kuliah Syariah wal Qanun, Universiti Al-Azhar pada tahun 1992 dan mendapat pangkat 'Jayyid Jiddan' pada tahun 1997.

Beliau mula menghafaz al-quran dengan riwayat Hafs 'an 'Asim semasa dalam pengajian di kulah perubatan melalui guru beliau Fadhilat as-Syeikh Abdul Hakim bin Abdul Salam Khatir (sekarang bertugas sebagai panel rujukan al-Quran al-kareem di Madinah) dan berjaya mengkhatamkannya secara hafazan pada tahun 1985. Guru al-Quran beliau yang lain ialah Syeikh Muhammad Adam, Syeikh Muhammad Badawi as-Sayyid yang bersambung sanad mereka dengan Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وسلَّم melalui Saidina Jibril alaihissalam dari Luh Mahfuz dari Allah سبحا نه وتعالى .

Beliau mempunyai ramai guru dalam disiplin ilmu agama, antaranya:

1. Syeikh Hafiz at-Tijani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatto' Imam Malik selama 2 tahun (1976-1978)

2. Syeikh Muhammad Najib al-Muti'ie rahimahullah (pelengkap kepada kitab al-Majmu' bisyarhil al-Muhazzab), beliau menghadiri pengajian Sahih al-Bukhari dan kitab-kitab fiqh Syafi'ie, beliau juga mendapat sanad hadis dan fiqh ketika pengajian di Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA).

3. Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah, beliau menghadiri pengajian kitab as-Syamaa-il lit-Tirmizi, al-Muwatto' Imam Malik, al-Luma' fi Ilmi al-Usul yang dibacakan oleh Syeikh Dr Ali Jum'ah (Mufti Mesir sekarang). Beliau mengambil sanad tariqat as-Siddiqi ad-Darqawiyah as-Syazuliyyah dari gurunya ini.

4. Syeikh Ahmad al-Mursi an-Naqsyabandi rahimahullah, salah seorang dari ulama Al-Azhar. Beliau kerap menziarahinya dan mengambil banyak faedah darinya.

5. Syeikh Isma'il Sodiq al-Adawi rahimahullah, bekas imam besar Masjid Al-Azhar. Beliau menghadiri pengajian kitab al-Muwatto' dan tafsir sebahagian surah dari al-Quran. Beliau sentiasa bersama dengan gurunya ini untuk beberapa tahun dan sering bermusafir bersama ke pedalaman Mesir untuk ziarah para solihin. Beliau banyak mempelajari mengenai hakikat ilmu tasawuf darinya.

6. Fadhilat al-Ustaz ad-Duktur Ali Jum'ah hafizahullah (Mufti Mesir sekarang), juga sahabat seperguruan beliau dengan Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Ghumari al-Hasani rahimahullah.


7. Fadhilat al-Ustaz al-Imam Muhammad Zaki Ibrahim al-Husaini rahimahullah (gambar)

8. Syeikh as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani rahimahullah.

9. Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baa'iets al-Husaini al-Kittani hafizahullah, muhaddis dan musnid Iskandariah.

10. Fadhilat al-Ustaz ad-Duktur Muhammad Rabi'e al-Jauhari hafizahullah.

11. Fadhilat as-Syeikh al-Habib Ali al-Jufri hafizahullah

12. Fadhilat al-Ustaz Hassan Osman hafizahullah.

dan ramai lagi guru-guru beliau.

Jawatan beliau sekarang ialah Penasihat dan Ketua Jabatan Pembedahan Am dan الأوعية الدموية di Hospital Ahmad Mahir at-Ta'limi, Kaherah. Beliau juga merupakan imam dan khatib di Masjid Al-Asyraf, Hayyu al-Muqattam.


"Semoga Allah memanjangkan umur beliau dan dikurniakan kesihatan yang baik serta diberkati segala amalan beliau."


Pengajian bersama beliau :
  • selepas subuh setiap hari di Masjid al-Asyraf, kitab Tuhfatul Ahwazi syarah Jami'e Tarmizi (sekarang jilid 9)
  • selepas solat Jumaat di Masjid al-Asyraf, kitab al-Muwatto' Imam Malik, as-Syamaa-il al-Muhammadiah dan Hikam ibnu 'Ato' illah as-Sakandari
  • setiap Sabtu jam 10.15 pagi di Masjid Al-Azhar as-Syarif, kitab Sahih al-Bukhari
  • setiap Ahad selepas Maghrib di Asyirah Muhammadiah, Masjid Syeikh Zaki Ibrahim, kitab Bahjatun nufus syarah mukhtasar Sahih Bukhari.
  • setiap Khamis selepas Isya' di Masjid Al-Asyraf, kitab Hasyiah Baijuri (sekarang jilid satu)
  • setiap hari (khusus di bulan Ramadhan), semasa rehat solat tarawih, kitab Bahjatun Nufus syarah Mukhtasor Sohih Bukhari libni Abi Jamrah rahimahullah (jilid 1)

* Terjemahan dari Sirah az-zatiyah syaikhuna yang diberikan sendiri oleh beliau kepada akhi Ustaz Nazrul Abd Nasir. Syukran sebab bagi terjemah untuk entry ana :)

p/s: Sumber dari sini
--------------------------------------------------

My prayer:"O Allah, may I have the strength and courage to be someone like him".
Kita tak dapat MEMBERI kalau kita tak MEMILIKI(sudah tentu, hak milik itu pun pinjaman sementara dari Allah). Maka, berusahalah untuk MEMILIKI ILMU. Bila sudah MEMILIKI, MEMBERILAH sebagai tanda SYUKUR!

Wallahu'alam

End of Sem 6!

Alhamdulillah, semalam hari terakhir untuk semester 6, setelah berhempas pulas menyiapkan labwork.Walaupun, lab(dan juga uni lengang ja semalam sebab Christmas Eve), adalah juga 2-3 orang yang masih bekerja di lab. Oh ye, terima kasih tak terhingga juga kepada labmate, Ata* atas pertolongan yg diberikan. Juga terima kasih atas perkongsian cerita tentang Jordan dan orang-orang Jordan..
-----------------------------------------------------------------
-I went to lab early today ~9.15 am. After buying some things I needed at Priceline, I went back to uni.
- Stop the assay reaction for 6 mice brains ~11.20 am. While waiting for the other 3 brains, I started to mount the tissue sections(Multi tasker!:) )
-Amidst my attention and concentration on mounting the sections, Ata came in. He said he would help me to mount the brain later in the afternoon(Dalam hati: Alhamdulillah!Ada orang nak tolong sama-sama habiskan kerja)
- Yvette, Lidia and Laura came in and out, finishing their work as well.Of course, they need to get back early for Christmas Eve. Thanks Lidia for the chocolate, see you next year!I hope I can meet you again when you are doing your honours~
-After 2-ish, it's just me and Ata in the lab. Oh yes, Yvette stopped by sometimes to say hello and asked about our work progress
-Now, me and Ata in the lab mounting the brain sections. We had a chat while finishing the experiments.
---------------------------------------------------------
Ata: How many siblings do you have?
Me: Erm, (I started to tell him about my family)
Ata: Oh, so you are the eldest in your family(with your mum)?
Me: Yes, but I'm the 6th out of seven
Ata: Oh, is your relationship with the others(refering to my other siblings) ok?
Me: Oh yes, we are all good. We meet each other every year esp during Eid. Huhu, I know my story sounds a bit complicated, but we're all fine and happy
Ata: That happens.(He started to tell stories about his brother, his friends, his wife and kids & also about Islam)

Thanks Ata for sharing your thoughts about Syiah,Muktazilah, Khawarij, and some other issues(Oh, by the way,he's a Sunni). He also explained to me about places in Jordan

Ata: How long is your course?
Me: Well, i have another 3 years to go,this is my 3rd year
Ata: So do you plan to work here?
Me: I'm not sure. Still a long way to go.(Smile)

Then, he asked me about my studies and how I end up being in Melbourne. I also mentioned to him that I know some Malaysians who went to Jordan to further their studies.

Ata:You know a lot about Jordan Uni's.
Me:Huhu, I just like to get to know about people and places(Jom cakna!:) )
Ata: Why don't you go to Uni in Gulf country?(He was refering to Jordan and other country like Egypt)
Me:Well, I did have that intention after my exam,like the VCE. But, things doesn't always goes well as what we planned.(I explained to him about the education system in Malaysia in brief)
----------------------------------------------------------------
Ata:(While discussing about Muslims in Malaysia, particularly about the Malays).How's Muslims in Malaysia?
Me: It's just the same as in other countries. Many are muslims, but not all of them are practising Islam.
Ata: Yes, it's so sad to see such things. People wearing hijab, but they dont act/have manners as such a Muslim.

Then, he told me stories about his wife,who wears hijab after their marriage, how they get married, their obstacles and also about his family and in-laws.Then;


Ata: How's marriage in Malaysia?Is it the same?
Me:Erm.(Ok, now, I'm not good at this topic. I don't have enough knowledge especially when it comes to culture and custom) Well, er, the man has to pay the dowry(Haih, what am I talking?Bukan ke dalam Islam memang wajib bayar duit mahar tu)
Ata: (With frowning face)
Me: Erm, the Mahar
Ata: Oh, yes, Mahar. Does the bridegroom has to pay for everything, you know, like the reception or walimah?
Me: Erm..(Dah start blur2, aduh, nggak tau sangat pasal benda2 ni.Tau pun sikit2 je).Erm, it depend on the families.(Then, I tried to explain about hantaran and stuff.Aduh, it is so difficult to explain about our culture to non-Malay)
Ata: Oh, in Jordan, the man have to pay for everything. We have some kind of contract before the akad nikah. Like me, for instance, it is stated in the contract that I need to buy furniture for my wife. But, when we move to Australia, we have to leave all that in Jordan and my wife keep asking me about that.Huhu..
Me: Oh
And we discussed about marriage + culture in Jordan and Malaysia. He told me stories about some of his friends who reverted to Islam, etc..
-----------------------------------------------------------
Huh, what a day! I worked in the lab from 11am till ~5-ish non stop! I did not even have a sip of water. But, it's a great opportunity to get to know other people and their their side of story about life.

Again, thanks to all my labmates!And thank you for the End-of-Year Lunch at Il Vicollo last week(An experience I won't forget)!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!

Ok, now, a week of holiday before I 'resume my seat' in the lab.

Wassalam


*is a final year phD student. A Palestinian who lives in Jordan, continuing his studies here.

Thursday, December 3, 2009


INSHAALLAH by Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


Link: http://www.youtube.com/watch?v=T7X_xf4TLQ4

Sunday, October 25, 2009

Ramblings(1)

Kerana hidup itu luas dan penuh ranjau,
Tak kira di depan, belakang, atas, bawah,
Hadir di setiap penjuru,
Mengintai peluang menyambar kelekaan hidup insan

Kuatkah diri?
Tabahkah hati?
Teguhkah iman?

Pinta pada YANG MAHA KUASA beri apa yang terbaik untuk diri

Jadikan kesibukan wasilah kebaikan

~I love my mom and dad so much! Alhamdulillah,thank you Allah!~