Wednesday, June 17, 2009

Dari minda yang masih belajar...

Alhamdulillah..Segala puji hanya bagi Rabb sekelian alam..

Selesai sudah perjuangan di medan peperiksaan untuk semester ini, insyaAllah. Usaha sudah, diiringi doa dan tawakkal kepada DIA yang berhak menentukan rezeki buat makhluk-makhlukNYA.

Dalam kesempatan cuti yang tidak sampai sebulan ini, banyak sudah rancangan yang sudah diatur. Moga tiada detik yang dibazirkan begitu sahaja.

Dalam pada tengah mencari bahan-bahan untuk mengisi minda dan rohani semalam, teringat akan cadangan beberapa orang sahabat untuk menonton beberapa 'movie' di YouTube. Sebelum ni dah ramai sangat yang memuji filem-filem 'islamik' dari tanah seberang. Maka, impuls dari cortex terus menggerakkan jemari memetik papan kekunci "Perempuan Berkalung Sorban". Kata mereka, filem ni banyak membangkitkan semangat dan mengubah cara fikir yg jumud.

Part 1: Hm, subhanallah..menarik permulaannya. Gambaran kehidupan di pesantren.Bermula dengan kisah zaman kanak-kanak Anisa dan watak-watak lain di sekeliling.
Part 2: Masih baik jalan ceritanya..Perjalanan diteruskan
Part 3,4-...? : ?
Part 12(Ending): Tamat

Apa yang berlaku antara bahagaian 3-11? Sebetulnya, saya kurang senang melihat babak-babak yang tak sepatutnya berada dalam sebuah filem yang dilabel 'islami'. Jadi, saya terus melompat ke babak terakhir. Ya, benar, saya tidak menafikan mesej-mesej baik yang cuba disampaikan melalui filem tersebut. Tapi, sedih dan geram. Bolehkah kita sekadar mengambil pengajaran dari filem tersebut tatkala para pelakonnya bertindak di luar batas islami. Apakah yang menghalalkan makhluk Allah untuk berperilaku kurang sopan semata-mata atas dasar untuk memberi pengajaran kepada orang ramai melalui karya mereka di layar perak? Lagi, sedih dan geram.

Sudah jadi trend zaman sekarang, para pengarah dan penerbit berlumba-lumba mahu membikin filem yang bercorak islami(atau lebih tepat saya katakan ber'kosmetik' islamik?)Maaf, andai perkataan yang saya gunakan agak kurang manis dibaca. Dari satu segi, ya , bagus, sudah ramai yang ada kesedaran sedemikian. Namun, janganlah kita turut menjadi anak didik Niccolo Machiavelli. NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

Rasanya tidak perlu sampai memaparkan setiap inci dan sudut perlakuan maksiat di dalam sesebuah filem dengan alasan, "Itu realiti kehidupan". Sedih dan geram.

Bila menilai kembali filem-filem dari Iran yang pernah saya tonton, banyak yang terkesan dalam hati. Teringat satu filem yang pernah saya tonton ketika di KMB, tak ingat pulak tajuknya. Tapi, filem tu mengisahkan kehidupan suami isteri dan sang suami meminta untuk berkahwin lagi. Tapinya, sepanjang-panjang filem tu, walaupun mereka memegang watak sebagai suami isteri, saya lihat mereka tidak langsung bersentuhan walau sedikit. Namun, penghayatan watak yang amat mendalam dan mungkin juga hasil 'script study' mereka, kita sebagai penonton dapat meneka tanpa ragu yang mereka adalah pasangan suami isteri.

Penat bercerita tentang filem, dan sememangnya dari dulu saya lebih gemar membaca dari menonton filem, terutamanya apabila berkata tentang novel-novel yang diangkat menjadi filem. Ayat-Ayat Cinta, The Da Vinci Code dan beberapa novel lain yang diangkat martabat ke layar perak. Membaca dapat lebih membuka minda manusia untuk bebas ke mana-mana tanpa ada sekatan(sudah tentu, harus ditapis dari sudut syarie',kan?)

Tapi, mungkin ada batasnya bagi saya dalam memberi pandangan dalam perkara-perkara sebegini kerana kurangnya minat saya sendiri untuk membaca bahan-bahan cerita seperti novel. Hanyasanya jika novel tersebut penuh terselit dengan fakta-fakta sahih, maka itu yang menjadi pilihan. Bahan-bahan bacaan non fiksyen lebih sebati dengan diri berbanding novel-novel.

Apa yang cuba saya sampaikan dalam penulisan ini sebenarnya? Dalam pada kita bersyukur menerima pengajaran dari orang lain, jangan pula kita lupa kepada mereka yang cuba nak sampaikan pengajaran tersebut kepada kita. Jangan kita berubah menjadi lebih baik seorang diri, sebaliknya tarik orang-orang sekeliling bersama menikmati kemanisan iman dan Islam. Sudah tentu, nasihat tersebut ditujukan terutamanya kepada diri saya sendiri yang menulis.Diri yang masih punya banyak kekurangan, tapi dalam masa yang sama cuba untuk berubah ke arah kebaikan bersama saudara-saudara sekeliling.

Moga Allah sentiasa membimbing hati-hati kita ke jalan yang diredhaiNYA..

Sebagai renungan bersama,

"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya"
(Al Isra':36)

2 comments:

waheeda hasbullah said...

perlu ada kaca mata yang benar dalam menilai setiap sesuatu.
if not we might underestimate or overestimate the value:)

The Chosen Path said...

jzkk atas peringatan yg diberikan:) benar, perlu ada kaca mata yg benar yg dipandu quran dan sunnah..:)