Friday, October 17, 2008

Bukankah kita dari tanah?

A reminder for me..........

A reminder for me..........

Don' t ignore them.........

Segala apa yang berlaku, sama ada baik atau buruk adalah penentu kepada siapa kita sebenarnya.

Risau juga dgn entry sebelum ini, yang bila dibaca balik beberapa kali terasa macam kurang enak di hati. Mungkin sebab nadanya yang agak seperti meng'condemn' belaka..Condemn sana, condemn sini..Hai lah penulis, dah cukup ke masa yang diberi untuk condemn diri sendiri?

Risau..
Adakah ia sekadar kata-kata nista yang dihamburkan di blog ini mengikut emosi, perasaan dan nafsu yg pada masa itu kita fikir, kitalah yg betul..Na'uzubillah..

Benar....
Kalau ada yang salah, ia patut ditegur..Dalam pada itu, sebagai hamba Allah yang masih banyak kekurangan yg perlu dibaiki, perlu ada difikiran bahawa kita juga perlu memahami situasi yang berlaku dgn sebenar-benarnya. Bukan SANGKAAN kita semata-mata. Sebab itu jugalah Allah beritahu kita agar kita menjauhi prasangka..Subhanallah, the guideline is already in the Quran.

The real me...
Takut sangat....sebab setiap perkataan yang dilafaz mahupun yang ditulis akan dinilai oleh DIA YANG MAHA MENGETAHUI..


Takutlah, bila mana kita sentiasa merasakan yang diri kita betul dan orang lain tidak..Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman dan cintakan Allah sentiasa merasakan dirinya kurang sempurna. Mereka sentiasa menganggap orang lain lebih baik amalnya dari diri mereka. Rasanya tak perlu saya ulang kisah si abid, si pensedekah dan si pemberi ilmu yang akhirnya tersungkur di neraka kerana tiada nilai IKHLAS dalam amal mereka. Ya, IKHLAS..Satu perkataan yang kalau nak diterjemahkan dalam amal, bukanlah sesuatu yang mudah.

Semuanya bermula dari HATI...

"Dan tanah yg baik, tanam-tanamannya tumbuh subur dgn izin Tuhan; dan tanah yg buruk, tanam-tanamannya tumbuh merana. Demikianlah Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda(kebesaran Kami) bagi orang-orang yg bersyukur" (Al-A'raf: 58)

Somehow, this verse strucks my heart. Bila difikirkan, menarik perumpamaan yang Allah bagi. Banyak perumpamaan tentang 'tanah' yg ada dlm AlQuran supaya kita berfikir. Bukankah kita juga dari tanah? Peliknya, bila kita baca perumpamaan-perumpamaan macam ni, kita rasa bukan utk kita ataupun ada yang rasa,"Oh, itu cerita pasal tanah. Akukan manusia.."(Ironik bukan?)

Sangat menarik kalau kita dapat mendalami setiap bait dlm Quran. I should blame myself for not giving enough time utk betul2 buka kitab-kitab tafsir dan cuba faham setiap kalimah yang disampaikan oleh Allah. How bad I am..Teruk betul...

Yes, it's time to reflect on ourselves....

BUKANKAH KITA DARI TANAH?

::nak muhasabah diri:::

p/s:break for a while maybe?muhasabah + focus on exam in less than a month to come..

No comments: